Sunday, May 23, 2010

Hidangan Nasi Minyak Terengganu

Ini lah hidangan lengkap yg sebenarnya...jom la layan....hihihi...hasben saya makan menambah-nambah...penat masak pun hilang bila ada org yg makan benda kita masakkan????????jom layan...ops..kalu nak resepi...ada kat bawah ni...

Ni nasi yg masih kat atas dapur...baru nak masak betul....

ha...yg ni baru masak betul...ditaburkan dgn bawang goreng....

lauk makan ngan nasik minyak saya ayam masak kurma...Yummmmmm.....

Ni ayam masak kurma yg masih atas dapur....

Nasi minyak ni saya masak time hari minggu jer...kalau hari lain susah skit...masa tu tak byk...jd lepas geram memasak hari minggu je la....resepi ni turun temurun ambik dengan mak kat kg...hihihihi...suka sngt...kalau rajin try la buat resepi ni...

Resepi Nasi
4 pot beras biasa / brasmathi
2 biji bwg besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 s/b sos tomato
1 s/b sos cili,
1 s/b susu cair ( kalau guna susu pekat bley, tp letak skit jer)
2 kuntum bunga lawang
1 btg kayu manis
4 kuntum cengkih
3 butir buah pelaga
1 s/b minyak sapi
1 s/b minyak masak
1 s/b marjerin
41/2 pot air
garam
daun pandan

cara:
1. Bender bawang besar dan bawang putih. halia diketuk jer.
2. Panaskan minyak masak, sapi dan marjerin.
3. Tumiskan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. biar seketika dan masukkan pula bawang blender dan halia yg diketuk, sos cili, sos tomato, minyak dan sedikit garam.Tumis sampai garing.
4. Masukkan air dan kacau.Tunggu mendidih.
5. Basuh beras dan toskan.
6. Bila air dalam periuk mendidih, masukkan beras dan daun pandan. Kacau dan tunggu masak.
7. Bila masak, taburkan dengan bawang goreng dan sedia d makan...

Resepi Ayam Kurma
1 ekor ayam ( kecik jer)
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 bungkus rempah kurma ( saya suka guna rempah kurma ayam adabi)
1 s/b sos tomato
gula melaka
1 s/b sos cili,
1 s/b susu cair ( kalau guna susu pekat bley, tp letak skit jer)
Bawang goreng
2 kuntum bunga lawang
1 btg kayu manis
4 kuntum cengkih
3 butir buah pelaga
2 s/b minyak sapi
3 gelas air
garam
daun pandan
3 biji ubi kentang.

cara:
1. Goreng ayam yag digaul kunyit serta garam separuh masah. ubi kentang dikupas kulit dan dipotong 2.
2. Gaulkan rempah kurma, bawang blender, bawang goreng, susu cair, sos tomato, sos cili, gula melaka, garam sedikit perasa (jika perlu).
3. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
4. masukkan bahan2 yg telah digaul dan tumis sampai pecah minyak.
5. Masukkan air dan daun pandan
6. Bila mendidih, masukkan ayam dan ubi kentang.
7. Tunggu masak dan hidangkan...

No comments:

Post a Comment