Saturday, July 3, 2010

Cream Puff Mudah

Sebenarnya dah lama tak up date ni punya entry..bukan apa...sibuk ngan kursus...pastu balik kg...pastu masuk kije balik..pasni sibuk lagi nak praktikal..huhuhuhu...kalu dgr citer mcm tak mng tangan jerk..tapi Alhamdulillah hari ni diizinkan oleh-Nya untuk aku update siit punya citer...update pun hanya msukkan resepi yg dah lama buat tapi baru je nak masuk dlm ni...hihihihi...jon layan....

Yang ni baru nak masuk oven....



Ni la hasilnya...cantik kuning keemasan...sedap di makan....ahaks...dan resepinya ada di bawah..



Resepi

bahan2 puff:
100 g mentega
250 ml air
1/2 s/t garam
150 g gandum ( diayak)
3 biji telur.

cara:
1.satukan air, mentega dan garam dalam periuk. masak hingga air mendidih dan mentega cair.
2.masukkan tepung dan kacau dengan cepat sehingga menjadi adunan doh yg tak melekat pada periuk(dengan api perlahan dan kacau satu arah sahaja).
3.panaskan oven pada suhu 200C.dulang pembakar dilenser marjerin.
4. masukkan doh tadi ke dalam mixer dan pukul hingga doh jadi suam.pecahkan telur dan kacau.masukkan sedikit demi sedikit telur ke dlm adunandoh hingga habis.pukul hingga adunan menjadi pes yg lembut.
5. masukkan dod dlm piping dan bentukkan seperti siput atau biasa dan bakar selama 20 mnit hingga kuning keemasan.
6. bila masak, sejukkan dan belah tgh dan masukkan cream.

bahan cream:
1 s/b gandum
1 s/b kastard
4 s/b gula
1 cwn @ 250ml susu segar
1 biji telur
1s/b mentega.

cara:
1. campurkan semua bahan kecuali mentga. kacau rata.
2. letak atas dapur dan masak dengan api perlahan sambil kacau2 hingga kastad nmpk pekat.
3. tutup api dan masukkan mentega dan kacau rata. biar sejuk baru masukkan dalam puff yang dipotong separuh.
4.sedia dihidang...










No comments:

Post a Comment