Sunday, May 23, 2010

Ikan Patin Asam Pedas


Ni ikan patin yang saya masak...rasanya ...erm...maveles...hasben pun suka...kikikiki...saya ni...kalu masak...bagi hasben makan....hihihihi...kalu ok....ok la....hihihihii...nak cuba bley try....

Bahan-bahan :
Seekor Ikan Patin sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 5
Bahan kisar
2 ulas bawang merah
Sebiji bawang besar
3 biji bawang putih
2 inci halia
Cili kering secukup pedas, direndam (saya guna cili boh jer..)
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
2 inci lengkuas, dihiris nipis
1 batang serai, dititik
Sedikit belacan
Daun kesom (saya tak letak sbb takde..)
Sekuntum bunga kantan( pun tak letak..)
Garam dan gula secukup rasa
3 keping asam gelugur ( saya guna asam jawa jer..)
Air secukupnya
Kacang bendi

Cara-cara :
1. Gaulkan terlebih dahulu bahan kisar dgn jintan manis, jintan putih, lengkuas, belacan dan cili.
2. Tumiskan bahan gaul tadi hingga naik bau.
3. Tuangkan sedikit air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan patin.
5. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali sebelum mengangkat masakan, masukkan kacang bendi, daun kesom
dan bunga kantan. Kacau seketika sebelum diangkat dan dihidang.

1 comment:

  1. yummi!!! terliur tengok asam pedas na nih...

    ReplyDelete