Friday, May 28, 2010

Nasi Ayam Hainan

Nasi Ayam......

Sos Lada dan Kicap Bijan.....

Supnya...

Ayamnya...

Hari ni masak nasi ayam hainan...kalu ikut hati n badan yg rasa suam-suam kuku ni...sebenarnya malah yg amat nak masak...tapi kerana orang rumah yang dah beberapa hari dok bagitau "cam sedap jer kalu bleh makan nasi ayam hainan...na pandai masak dok?" itulah yg selalu ditya...Walaupun diri ini terasa kurang sihat...tapi tetap gagahkan diri untuk masak nasi feveret org rumah...tak tunjuk diri ni kurang sihat sbb takut nanti dia kata "takyah masak la....tak sihat tu...". Itu lah yg sering diluahkan kalu dia tgk saya ni macam tak sihat....
tadi lepas masak...lepas makan...saya tertido....baru dia tau sy sbnrnya kurang sihat...apa lagi...dia suruh sy rehat dan tdo...anak,..biar dia jer yg jaga...hihihihihi...pantang org suruh...mmg nak rehat nih...tak larat sngt dah...pe2pon...nasi ayam hainan first time buat...n org rumah kata...JADI!!!!!!!!!!!!...uih...dia makan pon banyak....tubuh yg tak sihat rasa vcam kembang jer bila dpuji....hihihihihi...kalu nak try nasiayam hainan ni...bley la ikut resepi kat bawah ni....ni resepi ambik dari rumah mana ntah...tapi sya dah modified skit2...ikut rasa mulut keluarga saya la...hehehehehe...jom layan...

RESEPI NASI AYAM HAINAN

BAHAN A ( AYAM)
1 ekor ayam (dibelah 12)
3 cm halia ( diketuk)
air secukupnya (rebusan ayam)
3 s/b sos tiram
3 s/b kicap manis
sedikit gula dan garam

CARANYA:
1. Masak air sehingga mendidih. Bila didih..masukkan ayam, halia dan sedikit garam dan masakkan sebentar.
2. Angkat ayam dan toskan. AIr rebusan ayam disimpan untuk buat sup.
3. Gaulkan sos tiram, kicap manis, gula dan sedikit garam bersama2 dengan ayam yg telah ditoskan.
4. Perap ayam sehingga 20 minit dan kemudian gorengkan ayam sekejap sahaja. angkat sedia untuk dituangkan dengan kicap bijan.

BAHAN B (KICAP BIJAN)
500 ml stok ayam
3s/b sos tiram
6 s/b kicap cair
2 s/b tepung jagung
2 s/b minyak bijan

CARA:
Didihkan semua bahan di atas dan tuangkan atas ayam yang telah digoreng tadi.

BAHAN C (NASI)
3 pot beras
2 s/b minyak masak
2 s/b minyak bijan
3 cm halia (blender)
6 ulas bawang putih (blender)
4 biji bawang merah (blender)
air rebusan ayam/stok ayam(saya guna air rebusan ayam tadi)
2 helai daun pandan

CARA:
1. basuh beras dan toskan.
2. Tumiskan bahan blender sehingga naik bau. Masukkan beras dan gaul rata.
3. Bila beras sebati, alihkan beras ke dalam periuk lain dan masukkan air rebusan ayam mengikut sukatan.
4. Masukkan daun pandan dan tunggu masak. kemudian hidangkan...

BAHAN D (SUP)
Air rebusan ayam/ 1000 ml stok ayam(saya guna air rebusan ayam tadi)
1 s/b minyak
3 cm halia (diketuk)
3 ulas bawang putih (diketuk)
bunga kobis
lobak
daun ketumbar/daun sup/daun bawang
garam

CARANYA:
1. Tumis bawang putih dan halia (tak nak tumis pun tak per, kalu taknak abaikan minyak).
2. masukkan air rebusan ayam, tunggu mendidih.
3. Masukkan bunga kobis, lobak dan sedikit garam. tunggu masak, tutup api dan taburkan daun sup.


BAHAN E (AIR LADA)
100 gm cili hidup
6 ulas bawang putih
3 cm halia
2 s/b cuka
gula dan garam ikut rasa

CARA:
Belender semua bahan di atas.

1 comment:

  1. amboi3....Na dodap bonar nasi nih...mau sepinggan...hi3...( k.ida)

    ReplyDelete